M._Saravanan
M._Saravanan

M._Saravanan

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan, (lahir 4 Februari 1968) juga dikenali M. Saravanan merupakan seorang Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Tapah, Perak dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia bermula 10 Mac 2020. Beliau adalah seorang anggota Kongres India Malaysia (MIC) dan juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan di dalam kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib Tun Razak.[2]Sebelum dilantik ke dalam Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, Saravanan adalah seorang Senator.[3] Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008,beliau bertanding di kerusi Tapah, Perak dan telah menang mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). MIC mengalami kekalahan teruk di dalam pilihan raya meninggalkan Saravanan salah satu daripada hanya tiga ahli MIC yang masih ada di dalam Dewan Rakyat.[4] Walaupun dengan kekurangan kehadiran parti MIC di dalam Parlimen dan kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN), Saravanan masih dilantik sebagai Timbalan Menteri.[5] Saravanan pada awalnya telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.Di dalam MIC, Saravanan dilihat sebagai sekutu mantan Presidennya Samy Vellu, telah dilantik sebagai Naib Presiden MIC atas sokongan Vellu[6] dan untuk mempertahankan Vellu daripada serangan pembangkang.[7] Namun beliau telah kalah dalam perebutan hangat jawatan Timbalan Presiden semasa pemilihan semula parti pada 2015 kepada seorang lagi Naib Presiden, S. K. Devamany.[8][9][10]

M._Saravanan

Raja Al-Sultan Abdullah
Lahir (1968-02-04) 4 Februari 1968 (umur 52)
Selangor, Malaysia
Timbalan Yang Berhormat Haji Awang Bin Hashim
Pekerjaan Ahli Parlimen
Didahului oleh Yang Berhormat Datuk Seri Razali Ibrahim
Alma mater Swansea Institute of Higher Education
Diploma
United Kingdom
Sarjana Muda
Pasangan Datin Seri Karitha Vivekanandan[1]
Digantikan oleh Yang Berhormat Tuan Steven Sim
Kawasan pilihan raya Tapah
Parti politik MIC (1990-Kini)
Majoriti 7,927 (PRU-13)
Kabinet Kabinet Malaysia 2020
Sekutu gabunganpolitik lain BN (1990-Kini)
PN (2020-Kini)
Laman sesawang msaravanan68.blogspot.com
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin