Sejarah M

Bentuk huruf M berasal dari huruf Phoenicia Mem, melalui huruf Yunani Mu (Μ, μ). Huruf Mem Semitik mungkin sekali melambangkan air. Diketahui bahawa masyarakat Semitik yang hidup di Mesir kira-kira 2000 SM meminjam hierogif air yang asalnya melambangkan konsonan sengau alveolar (/n/), kerana perkaraan Mesir untuk "air" berbunyi "n-t". Simbol yang sama ini dijadikan huruf M dalam bahasa Semitik, kerana perkataan mereka untuk air bermula dengan bunyi tersebut.

Hieroglif Mesir "N"M Proto-SemitikM PhoeniciaM EtruskanMu YunaniM Rumi

Huruf M melambangkan bunyi konsonan sengau bilabial (IPA: [m]), baik dalam bahasa klasik mahupun moden. Kamus Bahasa Inggeris Oxford (edisi pertama) menyatakan bahawa huruf 'm' adakalanya berbunyi vokal dalam perkataan seperti spasm dan akhiran -ism. Dalam istilah moden, penggunaan sedemikian dihuraikan sebagai konsonan suku ([m̩]).