M79

Pelancar (atau Pelontar) Grenad M79 adalah sejenis senjata yang menjadi masyhur semasa mula digunakan di dalam Perang Vietnam. Tentera Amerika Syarikat menggelarkannya sebagai Thump Gun, Blooper ataupun Thumper. Di kalangan tentera Australia, ia dipanggil Wombat Gun. Senjata ini kelihatan seperti senapang patah dengan laras yang besar yang dipotong pendek. Larasnya dipatahkan ke bawah untuk mengisi grenad. Senjata ini boleh menembakkan grenad tabur, damak ataupun insidiari. M79 membolehkan askar infantri melontar grenad 40mm sejauh 375 meter dan boleh melontar grenad asap ataupun letupan. Untuk tempur jarak dekat, grenad jenis flechette yang meledakkan sejumlah damak besi kecil digunakan. Grenad yang meledakkan peluru penabur juga diperkenalkan untuk kegunaan tempur jarak dekat.Dalam tahun-tahun 1960-an dan 1970-an, tentera Amerika Syarikat mencuba memasang beberapa jenis pelontar grenad kepada senapang tempur M16. Satu versi senapang ini XM148 dihantar untuk kegunaan semasa Perang Vietnam.Kini, pelontar grenad ini digantikan dalam perkhidmatan tentera Amerika Syarikat dengan pelontar grenad M203. Namun demikian, pelontar grenad M79 masih digunakan dalam beberapa peranan khusus dalam perkhidmatan polis dan tentera, seperti dalam ketenteraman awam.Senjata ini pernah digunakan oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja misalnya Kapten Hamid Awang dari Kompeni D RAMD semasa operasi melawan komunis.Pada 7 April 1973, Kapten Hamid dan pasukannya mengesan perkhemahan musuh. Kapten Hamid yang bersenjatakan M79 tersebut menembakkan grened ke perkhemahan musuh dan mara ke situ. Semasa pertempuran, salah seorang daripada pihak komunis cuba hendak menembak salah seorang anggota tentera pimpinan Kapten Hamid. Tetapi Kapten Hamid menerkam ke arah musuh tersebut dan menghentak leher musuh dengan udi senjata M79 yang dipegangnya.

M79

Tempat asal  Amerika Syarikat
Dihasilkan 1961-1971
Sistem suapan Isian semula
Dalam perkhidmatan 1961-present
Jarak tembakan efektif 350 m (383 yds)
Jarak tembakan maksimum 400 m (437 yds)
Direka 1953-1960
Kadar tembakan 6 butir/min
Kartrij 40 mm
Berat 2.93 kg (6.45 lbs) berisi peluru
2.7 kg (5.95 lbs) kosong
Panjang 73.1 cm (28.78 in)
Pereka Springfield Armory
Penglihatan Blade and leaf type
Jumlah dibina 350,000 (di Amerika sendiri)
Panjang laras 35.7 cm (14 in)
Digunakan oleh Australia, Chad, Colombia, Costa Rica, Dominican Republic, El Salvador, Ethiopia, Fiji, Greece, Guatemala, Honduras, Iran, Israel, Jordan, Kenya, Korea Selatan, Lebanon, Malaysia, Mexico, Myanmar, New Zealand, Nicaragua, Oman, Paraguay, Filipina, Portugal, Arab Saudi, Somalia, Sepanyol, Thailand, Turki, dan Yaman.
Halaju muncung 76 m/s (247 fps)
Pengeluar Springfield Armory, Action Manufacturing Company, Exotic Metal Products, Kanarr Corporation, and Thompson-Ramo-Woolridge
Jenis Pelancar bom tangan
Aksi buka patah