MDMA
MDMA

MDMA


MDMA atau lebih dikenali sebagai Ekstasi merupakan dadah sintetik yang tergolong dalam keluarga fenetilamina. Dadah ini berkesan dalam meransang otak untuk merembes serotonin, sejenis rembesan yang menyebabkan rasa keterbukaan, meningkatkan tenaga, eforia, dan rasa sihat. Deria sentuh menjadi semakin sensitif menyebabkan sentuhan fizikal menjadi lebih seronok, tetapi MDMA bukanlah agen afrodisia (drug yang meransang nafsu seks dan keupayaan melakukan hubungan seks). MDMA digunakan kepada pesakit Gangguan Tekanan Selepas Trauma (Post Traumatic Stress Disorder) kerana kemampuannya untuk membantu pemeriksaan sendiri. Penggunaan dadah ini dibenarkan oleh FDA (Food and Drug Administration) Amerika Syarikat.
Walaupun MDMA tiada had dos, pendehidratan akut adalah antara risiko yang dihadapi oleh pengguna MDMA. Ini adalah kerana pengguna MDMA menjadi sangat aktif sehingga terlupa untuk meminum air memandangkan MDMA berupaya untuk menutup rasa haus dan kepenatan pengguna tersebut. Bahaya lain datang daripada bahan kimia lain (contohnya PMA atau metafetamina) yang selalu dicampur ke dalam ekstasi. Kesan jangka panjang MDMA masih belum diketahui.