MPEG-4

MPEG-4 ialah kolekso kaedah-kaedah yang menentukan pemampatan data digital audio dan visual. MPEG-4 diperkenalkan pada lewat tahun 1998 dan menetapkan pemiawaian untuk sekumpulan format pengekodan audio dan video serta teknologi berkaitan yang dipersetujui oleh ISO/IEC Kumpulan Pakar Gambar Bergerak (MPEG) di bawah piawaian rasmi ISO/IEC 14496. Kegunaan MPEG-4 termasuk pemampatan data AV untuk Internet (media strim) dan pengedaran CD, suara (telefon, videofon) dan aplikasi penyiaran televisyen.MPEG-4 menyerap kebanyakan ciri-ciri MPEG-1 dan MPEG-2 serta piawaian-piawaian berkaitan yang lain, menambah ciri-ciri baru termasuk sokongan VRML (tambahan) untuk paparan 3D, fail-fail komposit berorientasikan objek (termasik audio, video dan objek VRML), sokongan untuk Pengurusan Hak Digital yang ditetapkan oleh pihak luar dan pelbagai jenis interaktiviti. AAC (Advanced Audio Codec) dipiawaikan sebagai satu tambahan pada MPEG-2 (Part 7) sebelum keluarnya MPEG-4. MPEG-4 masih sedang dibangunkan dan dibahagi kepada beberapa bahagian (part). Syarikat-syarikat yang memupuk keserasian MPEG-4 tidak semestinya menjelaskan keserasian tahap "part" yang mana. Bahagian-bahagian utama yang harus diberi perhatian ialah MPEG-4 part 2 (MPEG-4 SP/ASP, digunakan oleh kodek seperti DivX, Xvid, Nero Digital dan 3ivx serta Quicktime 6) dan MPEG-4 part 10 (MPEG-4 AVC/H.264, digunakan oleh kodek x264, Nero Digital AVC, Quicktime 7, dan format-format DVD generasi seterusnya seperti HD DVD dan Blu-ray).Kebanyakan ciri-ciri yang terangkum dalam MPEG-4 terpulang pada pemaju perisian individu untuk menentukan sama ada hendak melaksanakannya. Ini bermaksud mungkin tiadanya pelaksanaan sepenuhnya keseluruhan set piawaian MPEG-4. Untuk menangani masalah ini, piawaian ini merangkumi konsep "profil" dan "levels" untuk membolehkan satu set kebolehan tertentu ditakrifkan dalam satu cara yang berpatutan untuk satu subset aplikasi.Mula-mulanya, MPEG-4 disasarkan terutamanya kepada komunikasi video berkadar bit rendah; namun, skopnya diluaskan menjadi lebih kepada piawaian pengekodan multimedia. MPEG-4 cekap merentasi pelbagai kadar bit, baik beberapa kilobit per saat mahupun berpuluh-puluh megabit per saat. MPEG-4 menyediakan kefungsian berikut: