Mac_OS

Mac OS (singkatan Macintosh Operating System - "Sistem Pengoperasi Macintosh") adalah sistem pengoperasi komputer dikembangkan Apple untuk model komputer Macintosh diusahakan sebuah pasukan terdiri daripada seberapa orang termasuk Bill Atkinson, Jef Raskin dan Andy Hertzfeld. Ia merupakan sistem pengoperasian pertama yang menggunakan antaramuka pengguna grafik (GUI).Terdapat pelbagai pandangan bagaimana Macintosh dibangunkan dan di mana idea asal bermula. Walaupun kaitan antara Macintosh dan projek Alto di Xerox PARC telah luas diperkatakan dalam rekod sejarah, sumbangan awal Sketchpad oleh Ivan Sutherland dan Sistem di Talian (On-Line System) oleh Doug Engelbart tidak kurang pentingnya. Lihat Sejarah GUI, dan Apple v. Microsoft.Apple sengaja merendahkan kewujudan sistem pengoperasi pada tahun awal kemunculan Macintosh untuk menjadikan Macintosh kelihatan lebih ramah pengguna dan membezakannya daripada sistem lain seperti MS-DOS, yang digambarkan sebagai ajaib (arcane) dan mencabar secara teknikal. Apple mahu Macintosh digambarkan sebagai sistem yang "terus berfungsi" apabila anda menghidupkannya.