Menu
Madagascar (francais) Siri televisyen سيري تيليۏيشنThe Penguins of Madagascar merupakan sebuah siri televisyen yang ditayangkan di Nickelodeon. Siri ini mengikuti pengembaraan empat ekor penguin: Skipper (ketua kumpulan), Kowalski, Rico, dan Private di Zoo Central Park, Bandar Raya New York. Si penguin-penguin tersebut melakukan misi rahsia di tengah bandar sambil menjadi haiwan zoo. Kadang kala, misi mereka mengajak mereka menjelajah di luar kebun binatang dan di luar bandar. Raja Julien yang juga merupakan penduduk zoo sering bersaing dengannya dalam hal-hal yang melibatkan kedua-duanya di zoo tersebut. Tom McGrath, John DiMaggio, Conrad Vernon, dan Andy Richter masing-masing mengulangi peranan mereka sebagai Skipper, Rico, Mason, dan Mort, namun Jeff Bennett telah menggantikan Chris Miller sebagai Kowalski, James Patrick Stuart menggantikan Christopher Knights sebagai Private, Danny Jacobs menggantikan Sacha Baron Cohen sebagai Raja Julien, dan Kevin Michael Richardson menggantikan Cedric the Entertainmenter sebagai Maurice. Siri ini juga menampilkan watak baru, Marlene, berang-berang yang disuarakan oleh Nicole Sullivan. Antagonis utama siri ini ialah Dr Blowhole yang disuarakan Neil Patrick Harris, dan sering bertarung dengan si penguin-penguin dalam misinya untuk mengambil alih seluruh dunia untuk membalas dendam pada manusia.
All Hail King Julien merupakan sebuah siri televisyen mengenai Raja Julien sebagai pemerintah tertinggi Kerajaan Madagaskar.[14] Siri ini dilancarkan pada 19 Disember 2014 di Netflix, ketika lima episod pertama, masing-masing berdurasi 22 minit diterbitkan sekali gus.[15] Siri ini menampilkan semula suara Danny Jacobs sebagai Raja Julien, Kevin Michael Richardson sebagai Maurice, Andy Richter sebagai Mort, dan India de Beaufort sebagai Clover, watak baharu yang merupakan panglima angkatan tentera diraja kerajaan tersebut. Siri ini mengikuti kisah Raja Julien apabila baginda dijadikan Raja Madagaskar, setelah bapa saudaranya Raja Julien XII (Henry Winkler) menurun takhta dalam percubaan untuk membunuh anak saudaranya itu. Namun keadaannya berubah berpihak kepada Raja Julien apabila baginda dengan berjayanya dapat memerintah kerajaan tersebut, menghalang ancaman-ancaman dari si fossa-fossa dan musuh ketatnya, Karl si licik (Dwight Schultz). Musim keempat diakhiri dengan sebuah babak tergantung, dan disambung dengan sebuah terbitan sampingan berjudul All Hail King Julien: Exiled pada tahun 2017, sebelum bersambung semula dengan musim kelima siri tersebut yang juga merupakan musim terakhir.
Madagascar: A Little Wild merupakan sebuah siri animasi yang ditayangkan di Hulu dan Peacock pada 7 September 2020. Ia mengisahkan tentang Alex, Marty, Gloria dan Melman pada ketika mereka masih muda, dan merupakan sebuah siri televisyen yang bertujuan untuk pendidikan kanak-kanak.[16][17]
Menu
Madagascar (francais) Siri televisyen سيري تيليۏيشنBerkaitan
Madagaskar Madagascar (francais) Madagascar 3: Europe's Most Wanted Madagascar (filem 2005) Madagascar: Escape 2 Africa Madagascar di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 Madagascar di Sukan Olimpik Musim Panas 2016 Madagascar (filem 1994)Rujukan
WikiPedia: Madagascar (francais) http://www.cplg.com/properties/view/202 http://madagascar.dreamworks.com/ http://madagascar.dreamworks.com/tv/all-hail-king-... http://ir.dreamworksanimation.com/releasedetail.cf... http://insidemovies.ew.com/2012/07/12/dreamworks-a... http://www.heyuguys.com/madagascar-4-is-in-the-wor... http://entertainment.msnbc.msn.com/_news/2012/06/1... http://www.prnewswire.com/news-releases/the-wildes... http://www.japantimes.co.jp/text/ff20120727a4.html https://www.amazon.com/dp/B00ALMNCLQ