Komposisi Madu

Madu mendapat rasa manis daripada fruktosa monosakarida dan glukosa. Ia mempunyai rasa manis hampir sama dengan gula kasar.[7][8] Ia mempunyai sifat kimia yang menarik sesuai untuk pembuatan roti, dan satu rasa tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menyukainya berbanding gula dan pemanis yang lain.[8] Kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya.[9] Namun, madu kadang-kala terkandung endospora dorman bakteria Clostridium botulinum, iaitu berbahaya kepada bayi, kerana endospora itu boleh menukarkan bakteria penghasil racun dalam perut bayi tersebut, seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian.[10]

Penggunaan madu dalam sejarah manusia sudah berlaku sejak dahulu kala lagi. Ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa. Ia juga tersebut dalam kitab al-Quran[11], kitab suci agama Islam, dan sebagai simbol kepada sesetengah masyarakat.

[12]


Rujukan

WikiPedia: Madu http://web10.bernama.com/kpdnhep/newsBm.php?id=381... http://www.honey.com/images/downloads/carb.pdf http://www.honey.com/nhb/about-honey/honey-and-bee... http://www.maduhutan.com/informasi/lebah-hutan http://shelf1.library.cmu.edu/cgi-bin/tiff2pdf/hei... http://food.oregonstate.edu/learn/faq/faq_sugar53.... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10820049 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12358452 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20228250 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22536292