Maeda_Atsuko
Maeda_Atsuko

Maeda_Atsuko

Maeda Atsuko atau juga dipanggil Atsuko Maeda adalah seorang penyanyi idola Jepun. Dia adalah bekas anggota kumpulan AKB48. Dia bersama dengan Takahashi Minami secara konsistennya menjadi anggota utama - membawa peranan sebagai vokal untuk semua album single kecuali single ke-24 iaitu Ue kara Mariko. Pada 25 Mac 2012, dia akan mengumumkan dia akan 'tamat pengajian' atau persaraan dari kumpulan itu secara rasmi pada 27 Ogos 2012 selepas konsert di Tokyo Dome.[1] Dia telah menarik diri dari menyertai pilihan raya senbatsu kali keempat tahun 2012. Pada 21 Disember 2012, beliau telah mula berkhidmat di syarikat Music Station Super Live. Beliau memgumumkan di Twitter bahawa laman sesawang dan ruang peminat beliau akan ditubuhkan. Beliau mungkin tarik diri menyertai Pilihan Raya Senbatsu Single ke-32 kerana beliau baru balik dari luar negara. [2]