Maghribi
Maghribi

Maghribi

Maghribi (المغرب), (Bahasa Arab: المملكة المغربية‎ ; bahasa Berber: Tageldit n Lmeghrib ) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanpun, Maghribi adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Maghrib Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO yang utama bagi Amerika Syarikat.

Maghribi

Bahasa rasmi Arab
(Arab Maghribi adalah dialek utama)
Berber
(Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol juga digunakan)
• Bancian 2019 35,261,311[1]
KDNK (nominal) Anggaran 2019 
• Kepadatan 73.1/km2 (189.3/sq mi)
Bahagian memandu kanan
• Jumlah $200.29 bilion[4]
Mata wang Moroccan dirham (MAD)
Pemerintahan Raja berperlembagaan
Ibu kota Rabat
34°02′N 6°51′W / 34.033°N 6.850°W / 34.033; -6.850
Zon masa UTC⁠ (GMT[7])
Kod panggilan +212
• Musim panas (DST) UTC+1 (GMT+1 (DST digantung sewaktu Ramadan) [8])
Bandar terbesar Casablanca
• Perdana Menteri Driss Jettou
• Raja Mohammed VI
KDNK (PPP) Anggaran 2019 
HDI (2019) 0.741[6]
tinggi
• Per kapita $5,679[5]
• Air (%) diabaikan
• Total $324.389 bilion[2]