Nama Maghribi

Nama "Maghribi" ini merupakan kependekan daripada nama penuhnya dalam bahasa Arab iaitu Al-Mamlakah al-Maġribiyyah ( المملكة المغربية ) yang bermaksud "Kerajaan Barat". Untuk rujukan sejarah, ahli-ahli sejarah biasanya merujuk kepada Maghribi sebagai Al Maghrib al Aqşá ("Yang Paling Barat") untuk membezakannya dengan kawasan sejarah yang digelarkan Maghreb (المغرب العربي al-Maġrib al-ʿArabī). Nama Morocco yang digunakan dalam banyak bahasa yang lain berasal daripada nama ibu kotanya yang dahulu Marrakech, (Bahasa Arab: مراكش‎, Murrākusy ), yang berasal daripada ungkapan bahasa Berber yang bermaksud "Tanah Tuhan".