Maglin_Dennis_D'Cruz

Senator Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz adalah ahli politik Malaysia berketurunan India dari suku Malayalam yang juga merupakan Presiden Parti Progresif Penduduk (myPPP), bekas parti komponen Barisan Nasional (BN). Beliau juga adalah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dari 4 Jun 2010 sehingga tahun 2012, selepas sahaja tamat tempohnya sebagai senator di Dewan Negara.[1]