Maha_Vajiralongkorn
Maha_Vajiralongkorn

Maha_Vajiralongkorn

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Thailand
Raja Maha Vajiralongkorn, diputerakan pada 28 Julai 1952, ialah Raja Thailand sejak 13 Oktober 2016. Sebagai raja ke-10 dalam Dinasti Chakri, baginda digelar sebagai Rama X.Pada usia 20 tahun, Vajiralongkorn telah menandatangani surat penerimaan warisan takhta. Maha Vajiralongkorn telah menamatkan pengajian di Kolej Tentera Diraja Duntroon, Canberra, Australia . Baginda juga mendapat latihan ketenteraan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.Baginda merupakan juruterbang jet tentera yang bertauliah dan juruterbang helikopterSemasa tahun 1970-an, baginda turut terlibat dalam menentang kebangkitan pengganas komunis yang dicetuskan oleh Parti Komunis Thailand di sempadan Thailand-Kemboja yang ketika itu dikuasai oleh rejim Khmer Rouge. Setelah kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol, pada 13 Oktober 2016, Vajiralongkorn tidak mengambil alih jawatan ayahandanya serta merta kerana ingin "diberikan masa untuk berkabung bersama rakyat Thai."[1] Vajiralongkorn menaiki takhta pada malam 1 Disember 2016 setelah menerima undangan rasmi daripada parlimen Thailand tetapi hanya akan ditabalkan setelah persemadian ayahandanya.[2]

Maha_Vajiralongkorn

Pemerintahan 13 Oktober 2016 – kini
Ayahanda Bhumibol Adulyadej (Rama IX)
Tandatangan
Nama penuhNama diraja
Nama penuh
Vajiralongkorn Borommachakkrayadisonsantatiwong Thewetthamrongsuboriban Aphikhunuprakanmahittaladunladet Phumiphonnaretwarangkun Kittisirisombunsawangkhawat Borommakhattiyaratchakuman
Nama diraja
พระบาทสมเด็จพระปรเมนทรรามาธิบดีศรีสินทรมหาวชิราลงกรณ มหิศรภูมิพลราชวรางกูร กิติสิริสมบูรณอดุลยเดช สยามินทราธิเบศรราชวโรดม บรมนาถบพิตร พระวชิรเกล้าเจ้าอยู่หัว
Pasangan Soamsawali Kitiyakara
(k. 1977; c. 1991)
Sujarinee Vivacharawongse
(k. 1994; c. 1996)
Srirasmi Suwadee
(k. 2001; c. 2014)
Suthida Tidjai
(k. 2019)
Niramon Ounprom
(k. 2019; c. 2019)
Bonda Sirikit Kitiyakara
Agama Buddha
Kerabat Dinasti Chakri
Pemangku raja Prem Tinsulanonda
Anakanda Puteri Bajrakitiyabha
Putera Juthavachara Mahidol
Putera Vacharaesorn Mahidol
Putera Chakriwat Mahidol
Putera Vatchrawee Mahidol
Puteri Sirivannavari Nariratana
Putera Mahkota Dipangkorn Rasmijoti
Kemahkotaan 4 Mei 2019
Didahului oleh Bhumibol Adulyadej (Rama IX)
Keputeraan (1952-07-28) 28 Julai 1952 (umur 67)
Istana Dusit, Dusit, Bangkok, Thailand
Pewaris Dipangkorn Rasmijoti
Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha