Maharaja_Jepun
Maharaja_Jepun

Maharaja_Jepun

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Jepun
Maharaja Jepun (天皇, tennō, bahasa Jepun: "raja dari syurga", etimologi tidak diketahui [1]) ialah raja serta ketua negara Jepun. Beliau merupakan ketua kerabat diraja Jepun. Dalam Perlembagaan Jepun, Maharaja merupakan "simbol negara dan kesatuan rakyat" dan merupakan ketua adat dalam sistem raja berperlembagaan. Baginda juga menjadi lembaga tertinggi agama Shinto kerana baginda dan keluarganya dikatakan merupakan keturunan langsung Amaterasu.[2]Maharaja Jepun dipanggil Tennō (天皇) dalam bahasa Jepun, yang bermakna "raja dari syurga". Di luar Jepun, baginda juga dipanggil Mikado (帝) dari Jepun. Ketika ini, Maharaja Jepun ialah satu-satunya raja yang memerintah di dunia kini yang menggunakan gelaran "Maharaja".Kerabat diraja Jepun ialah raja warisan berterusan yang tertua di dunia.[3] Dalam Kojiki atau Nihon Shoki, disebutkan bahawa Empayar Jepun diasaskan pada 660 SM oleh Maharaja Jimmu. Maharaja semasa ialah Naruhito, yang telah bersemayam di Takhta Bunga Kekwa selepas ayahandanya, Akihito turun takhta pada 30 April 2019