Maharaja_Karma

Maharaja Karma adalah Maharaja Kalaha ke-5. Baginda merupakan putera kepada Maharaja Karna DirajaBaginda telah dimasyhurkan sebagai Maharaja Kalaha bagi menggantikan ayahandanya dan bersemayam di Kota Arung-ArunganBaginda telah mendirikan kota baharu yang bernama Bandar Bukit Meriam yang kini terletak Kampung Bukit Meriam, Kota Kuala MudaWalaupun Bandar Bukit Meriam dibuka, baginda tetap bersemayam di Kota Arung-ArunganApabila Kalaha masyhur, maka orang-orang dari Siam, Legor, Caiya, Burma, Pegu datang ke Kalaha untuk melombong bijih timah dan menetap terusOleh kerana Kota Arung-Arungan terletak jauh dari sungai, maka baginda memerintahkan rakyatnya untuk mengorek suatu simpang sungai tembus ke lautKorekan bermula dari Batang Pasir (Kampung Permatang Pasir) untuk tembus ke lautMaka Sungai Simpor yang mengalir ke Sungai Muda itu telah dijajar dan dikambus dengan batuSungai korekan itu diberi nama Sungai Terus yang kini telah mengecil kerana jarang digunakan lagiBaginda juga tidak alpa dalam memelihara rakyat dan menjaga hati rakan dagangnnya meskipun sibuk dengan urusan hal ehwal negeriBaginda telah mangkat akibat kegeringan