Maharaja_Lawak_Mega_2016
Maharaja_Lawak_Mega_2016

Maharaja_Lawak_Mega_2016

Maharaja Lawak Mega 2016 kembali dengan menampilkan 15 kumpulan pelawak, dikenali sebagai "Ejen" yang bakal menerajui pentas komedi Malaysia bagi merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega yang baru. Dato' AC Mizal yang merupakan penyeri Maharaja Lawak Mega masih menggalas tanggungjawab sebagai pengacara untuk musim ini. Rancangan realiti bersiri kegemaran ramai terbitan Astro ini mula ditayangkan di saluran Astro Warna (Saluran 132) dan Astro Mustika HD (Saluran 134) bermula 29 Januari 2016 - 29 April 2016, setiap Jumaat jam 10 malam.