Maharaja_Suci_Rom
Maharaja_Suci_Rom

Maharaja_Suci_Rom

Maharaja Suci Rom (Bahasa Jerman: Römisch-deutscher Kaiser, atau Kaiser "Rom-Jerman") ialah satu istilah yang digunakan bagi menghuraikan pelantikan raja bagi memerintah Empayar Suci Rom, sebuah wilayah kesatuan Eropah Tengah yang wujud pada Zaman Pertengahan dan tempoh Zaman Moden awal. Asal kewujudan Empayar Suci Rom boleh dijejak bermula pada pemerintahan Charlemagne dari Empayar Carolingia. Sehingga kurun ke-16, Maharaja Rom Suci ditabalkan oleh Paus, dan maharaja terakhir, Francis II, diturunkan dari takhta pada tahun 1806 semasa Perang Napoleon yang menyebabkan kejatuhan sepenuhnya empayar ini.