Maharaja_Wanli
Maharaja_Wanli

Maharaja_Wanli

Maharaja Wanli (4 September 1563 - 18 Ogos 1620), nama peribadi Zhu Yijun, ialah maharaja ke-13 Dinasti Ming China. "Wanli", merupakan nama zaman pemerintahannya yang bermaksud "sepuluh ribu kalendar". Beliau adalah anak ketiga Maharaja Longqing. Masa pemerintahannya yang berjumlah 48 tahun (1572-1620) adalah yang paling lama antara semua maharaja dinasti Ming dan ia menyaksikan saat kemerosotan dinasti.