Pembunuhan Mahatma_Gandhi

Pada 30 Januari 1948 semasa jam 5:17 petang, Gandhi baharu sahaja mengetuai upacara pemujaan dewa. Semasa Gandhi bersalaman menyambut para pengikutnya, seorang penggiat nasionalis Hindu dari kelompok Rashtriya Swayamsevak Sangh bernama Nathuram Godse segera mendekati Gandhi untuk menyerang. Salah seorang pengiringnya cuba membawa jauh dari Godse, namun Godse segera menerkam dan menembak dada Gandhi tiga kali pada jarak dekat dengan pistol separa-automatik Beretta M1934. Godse segera diberkas Herbert Reiner Jr., naib konsul kedutaan Amerika Syarikat sebelum diserahkan kepada askar pengawal dan polis.[2][3][4][5] Godse dipenjarakan sebelum dihukum bunuh pada bulan November setahun kemudian - Nathuram dipercayai membunuh Gandhi atas kebenciannya terhadap pendirian Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak sama rata.

Gandhi dibawa ke biliknya di Birla House, beliau meninggal dunia beberapa lama kemudian akibat luka tembakan itu tiga puluh minit kemudian.[6][7] Kematiannya diumumkan Perdana Menteri Jawaharlal Nehru dalam suatu siaran radio khas dalam All-India Radio:[8]

Friends and comrades, the light has gone out of our lives, and there is darkness everywhere, and I do not quite know what to tell you or how to say it. Our beloved leader, Bapu as we called him, the father of the nation, is no more. Perhaps I am wrong to say that; nevertheless, we will not see him again, as we have seen him for these many years, we will not run to him for advice or seek solace from him, and that is a terrible blow, not only for me, but for millions and millions in this country.[9]


["Rakan-rakan dan teman seperjuangan, cahaya sudah hilang daripada kehidupan kita, dan kekelaman telah muncul merata; sukar saya mahu memberitahukan berita ini. Pemimpin disayangi kita, yang kita panggilnya Bapu, sudah tiada. Saya mungkin dikatakan salah berkata begini; namun [hakikatnya] kita tidak akan berjumpanya lagi sepertimana kita telah menemuinya selama bertahun-tahun, kita tidak lagi dapat berlari meminta nasihatnya mahupun mengadu nasib dengannya, ia pukulan hebat tidak hanya kepada saya tetapi juga berjuta-juta rakyat di negara ini."]

Majlis pemeringatan dan upacara pembakaran mayatnya