Mahkamah_Persekutuan

Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi dan mahkamah terakhir untuk membuat rayuan di Malaysia. Peranan utamanya ialah untuk menentukan samada undang-undang yang digubal di Parlimen atau Dewan negeri adalah sah atau tidak kerana ia diluar bidangkuasa masing-masing. Mahkamah ini juga berkuasa untuk menyelesaikan masalah pertikaian undang-undang antara negeri atau antara kerajaan Persekutuan dengan sesebuah negeri. Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara.Mahkamah Persekutuan dianggotai oleh 7 orang hakim mahkamah persekutuan yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara atau Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Semenanjung, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan 3 Hakim lain.