Mahkamah_Tetap_Timbang_Tara

Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang terletak di The Hague, Belanda. PCA bukanlah sebuah mahkamah dalam erti kata sebenar, namun menyediakan perkhidmatan tribunal timbang tara untuk menyelesaikan pertikaian yang timbul dari perjanjian antarabangsa di antara negara-negara anggota, organisasi antarabangsa mahupun pihak swasta.[1][2] Kes-kes merangkumi pelbagai isu undang-undang yang melibatkan sempadan wilayah dan maritim, kedaulatan, pelaburan antarabangsa, perdagangan antarabangsa dan serantau serta hak asasi manusia. PCA bukanlah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. [3]