Mahmoud_Abbas
Mahmoud_Abbas

Mahmoud_Abbas

Mahmoud Abbas (Bahasa Arab: محمود عباس‎, dikenali secara popular sebagai Abu Mazen, ابو مازن; lahir 26 Mac 1935) merupakan Presiden Palestin dan Pihak Berkuasa Palestin (PNA) sejak 15 Januari 2005.Abbas adalah pemimpin politik utama dalam Fatah. Dia bermula sebagai Perdana Menteri Palestin pada Mac hingga Oktober 2003. Kemudian dia meletak jawatan kerana dituduh berkomplot dengan Israel dan Amerika Syarikat, dan Amerika Syarikat sendiri tidak memberi bantuan kepada kerajaan Palestin yang baru ditubuhkan.Sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri Palestin, beliau mengetuai Jabatan Perundingan PLO. Dia menjadi pengerusi majlis eksekutif PLO sejak 11 November 2004, selepas Yasser Arafat meninggal dunia. Semasa Pihak Berkuasa Palestin dikuasai oleh Hamas lantaran pilihan raya umum Palestin 2006, Abbas sering dilihat sebagai pihak bersekongkol dengan Israel dan kuasa Barat. Pada 15 Januari 2006 dia mengistihar bahawa walaupun Gaza tidak aman, dia tidak akan menukar tarikh pilihan raya (25 Januari), kecuali jika Israel memutuskan untuk menghalang rakyat Palestin di Jerusalem Timur dari mengundi [1].Hamas memenangi majoriti undi dalam Majlis Perundangan Palestin dalam pilihan raya ini [2].Abbas kemudiannya cuba merampas kuasa dengan memaksa Hamas menyerahkan senjata dan menangkap beberapa orang pemimpin Hamas. Hamas kemudiannya membuat kejutan dengan membuat serangan balas.Pada 14 Julai 2007, Abbas telah melucutkan jawatan Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan kabinetnya selepas Hamas berjaya menguasai seluruh Jalur Gaza melalui serangan bersenjata. Beliau melantik Salam Fayyad (bebas) sebagai Perdana Menteri baru. Berikutan tindakan itu, Amerika Syarikat telah menghentikan sekatan bantuan kepada penduduk Palestin. Kini Tebing Barat Palestin dikuasai Fatah melalui Pihak Berkuasa Palestin manakala Jalur Gaza dipegang oleh Hamas.