Majalah_Anis

Majalah Anis merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd di Malaysia. Ia merupakan majalah khusus untuk wanita yang bercorak keislaman dan diterbitkan secara bulanan. Majalah ini menggunakan moto Pedoman wanita solehah.Majalah ini memuatkan pelbagai artikel termasuk fesyen, kecantikan, rawatan, gaya hidup, hobi, motivasi, resipi, dapur dan sebagainya.