Majalah_Kreko

Kreko merupakan sebuah majalah yang diterbitkan di Malaysia. Majalah Kreko merupakan sebuah majalah yang memaparkan terjemahan komik bahasa Jepun ke dalam bahasa Melayu. Pada 2008, majalah Kreko yang mencapai edarannya mencecah angka 90,000 naskhah sebulan itu ialah yang paling laris di Malaysia. Pada 21 Julai 2019, laman rasmi Kreko memaparkan "keluaran terakhir"nya.[2]. Tetapi ada sebuah hantaran Twitter menyatakan keluaran terakhir majalah ini adalah pada 21 November 2019, yang memaparkan kulit hadapan dari sebuah siri Beastar.[1]Walaupun kebanyakan komik dari Jepun, Kreko juga menampilkan karya-karya pelukis Malaysia di ruangan Show Off.