Maji_Desu_ka_Ska!
Maji_Desu_ka_Ska!

Maji_Desu_ka_Ska!

Maji Desu ka Ska! (まじですかスカ!) merupakan album single ke-45 daripada kumpulan Hello! Project, Morning Musume. Album single ini dipasarkan pada 6 April 2011 dibawah label zetima dalam lima edisi iaitu edisi terhad A (EPCE-5765~6), edisi terhad B (EPCE-5767~8), edisi terhad C (EPCE-5769~70), edisi terhad D (EPCE-5771~2) dan edisi biasa (EPCE-5773). Single V DVD untuk album single ini tidak dipasarkan kerana muzik video untuk lagu ini dipasarkan didalam kompilasi muzik video yang keenam.Album single ini merupakan album single bersama anggota generasi kesembilan: Fukumura Mizuki, Ikuta Erina, Sayashi Riho, dan Suzuki Kanon. Edisi terhad terdapat bonus DVD yang mengandungi versi lain muzik video album single ini dan temu bual solo bersama anggota generasi kesembilan. Edisi first press edisi terhad datang bersama tiket loteri. Tarikh asal album single ini dipasarkan ialah 23 Mac 2011. Namun, telah ditunda pada 6 April 2011 kerana gempa bumi dan Tsunami yang melanda Jepun.