Majlis_Bandaraya_Pasir_Gudang
Majlis_Bandaraya_Pasir_Gudang

Majlis_Bandaraya_Pasir_Gudang

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) sebelum ini Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya pada 22 November 2020[1] merupakan pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengendalikan hal ehwal pentadbiran kawasan Pasir Gudang di Daerah Johor Bahru, Johor. Majlis ini amat penting kerana di sini terletaknya pelabuhan penting di selatan Johor serta sebahagian Iskandar Malaysia Majlis Daerah Luar Bandar Johor Bahru (MDLBJB)Banyak kemudahan asas telah dibina di Pasir Gudang agar pelabur tertarik dan yakin dengan pelabuhan yang dimajukan. Antaranya termasuklah Balai Polis Seri Alam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pelabuhan Pasir Gudang, Lebuhraya Pasir Gudang dan Stesen kuasa Sultan Iskandar.Menara Aqabah yang telah dibina sejak 1969 kini merupakan ibupejabat bagi MBPG.