Majlis_Daerah_Bandar_Baharu


Majlis Daerah Bandar Baharu merupakan sebuah Pihak Berkuasa tempatan (PBT) yang diberi kuasa di bawah Kuasa Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan Sementara) bagi kawasan pentadbirannya. Majlis Daerah Bandar Baharu meliputi keseluruhan kawasan Daerah Bandar Baharu, Ianya merangkumi kawasan seluas 269.3km persegi dan terdiri daripada tujuh mukim iaitu Serdang, Kuala Selama, Sungai Batu, Bagan Samak, Permatang Pasir, Sungai Kecil Ilir dan Relau.Taraf sebagai Lembaga Pengurus Pihak Berkuasa Tempatan Bandar Baharu Taraf Majlis Daerah Bandar Baharu terletak di bahagian selatan Negeri Kedah Darul AMan, bersempadan dengan Daerah Kulim disebelah Utara, Pulau Pinang di sebelah Barat dan Perak disebalh Selatan.Di kawasan Majlis Daerah Bandar Baharu, sebanyak sembilan pertempatan dikenal pasti iaitu Serdang, Bandar Baharu, Kuala Selama, Lubuk Buntar, Bagan Samak, Sungai Kechil Ilir, Relau, Air Putih dan Permatang Kerat Telunjuk sebagai kawasan yang akan membangun dengan lebih pesat berbanding kawasan lain. Kesemua kawasan ini berkeluasan 2,518.1 hektar Lembaga pengurus pihak berkuasa tempatan bandar baharu (Inggeris : Bandar Baharu Local Authority Management Board )Seluas 300.0 hektar (11.9%) daripada kawasan pertempatan tersebut merupakan kawasan operasi semasa Majlis Daerah Bandar Baharu diwartakan pada 1 hb Mac 1979 mengikut peruntukan Akta 171.

Majlis_Daerah_Bandar_Baharu

Pegawai daerah En Abdul Shukor Bin Abdul Ghani
Pejabat daerah Serdang