Majlis_Keselamatan_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu
Majlis_Keselamatan_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Majlis_Keselamatan_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Majlis Keselamatan PBB adalah majlis yang dianggotai oleh sebilangan ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan lima daripadanya adalah anggota tetap yang memiliki kuasa pembatal (kuasa veto); iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Rusia. Ia merupakan organ PBB yang berfungsi untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan di kalangan negara-negara. Di mana organ lain PBB hanya boleh membuat cadangan kepada ahli-ahli kerajaan, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan resolusi yang mesti dipatuhi oleh kerajaan negara ahli di bawah Piagam PBB. Keputusan-keputusan majlis dikenali sebagai Resolusi Majlis Keselamatan PBB. Presiden Majlis Keselamatan ini digilir-gilirkan dan berakhir hanya untuk setiap bulan bagi setiap giliran.habariii