Sejarah Majlis_Perbandaran_Klang

Pengawai Daerah Klang

bilNamaLahir & MeninggalMulaTamat
1Che Raja Long Abdullah1817 - 189818911896
2Chik Onn Hishammuddin1846 - 191818961918
3Che Arif Muda Besar1852 - 195019181935
4Che Arif Muda Alamuddin1863 - 194819341947
5Mohammad Tachik Abdullah1884 - 195419471954
6Tun Abdul Samad1906 - 201019541967
7Azman Abdul Malik1925 - 200819671979
8Raja Azwan Toyo1937 - 199919791994
9Mohd Iskandar ShahLahir 193719942004
10Baharrom Meor Abdul LatifLahir 194120042010
11Zainal NorLahir 19452010Kini

Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang.

Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.