Majlis_angkat_sumpah_Joe_Biden
Majlis_angkat_sumpah_Joe_Biden

Majlis_angkat_sumpah_Joe_Biden

Majlis angkat sumpah Joe Biden sebagai presiden Amerika Syarikat ke-46 akan menandakan bermulanya penggal empat tahun Joe Biden sebagai presiden dan Kamala Harris sebagai naib presiden. Majlis secara umum dijadualkan akan diadakan pada hari Rabu, 20 Januari 2021 di West Front Bangunan Kapitol Amerika Syarikat di Washington, D.C. Majlis ini akan menjadi majlis angkat sumpah presiden kali ke-59. Biden akan mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden pada hari itu dan Harris akan mengangkat sumpah jawatan sebagai naib presiden. Majlis angkat sumpah akan diadakan semasa pandemik COVID-19 dan sambutan perayaan adalah terhad untuk mencegah penularan virus COVID-19. Jumlah penonton hanya terhad kepada anggota Kongres Amerika Syarikat dan tetamu jemputan, menyerupai kehadiran pada ucapan State of the Union. Langkah kesihatan awam seperti wajib memakai pelitup muka, ujian saringan, pemeriksaan suhu dan penjarakan sosial akan diamalkan semasa majlis tersebut."Demokrasi Penentu Kita: Membentuk Kesatuan yang Lebih Sempurna"—merujuk kepada pembukaan Perlembagaan Amerika Syarikat—akan menjadi tema majlis angkat sumpah.

Majlis_angkat_sumpah_Joe_Biden

Hadirin Joseph Robinette Biden Jr.
Presiden Amerika Syarikat ke-46
— Mengambil alih

John Glover Roberts Jr.
Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat
— Mengetuai sumpah jawatan

Kamala Devi Harris
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-49
— Mengambil alih

Belum diumumkan
— Mengetuai sumpah jawatan
Dianjurkan oleh Jawatankuasa Kongres Bersama Majlis Angkat Sumpah, Jawatankuasa Majlis Angkat Sumpah
Tarikh 20 Januari 2021 (2021-01-20)
Lokasi Kapitol Amerika Syarikat,
Washington, D.C.

Rujukan

WikiPedia: Majlis_angkat_sumpah_Joe_Biden http://www.wdel.com/news/crowd-cheers-chants-welco... //www.worldcat.org/issn/1521-1568 //www.worldcat.org/oclc/31153202 https://apnews.com/article/Biden-Trump-US-election... https://apnews.com/article/election-2020-donald-tr... https://apnews.com/article/election-2020-donald-tr... https://www.axios.com/joe-biden-inauguration-day-a... https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-12-16... https://www.cbsnews.com/news/biden-harris-presiden... https://www.cbsnews.com/news/doug-emhoff-second-ge...