Mak_Yong

Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional yang berasal dari Pattani dan Kelantan. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia. Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.Mak Yong telah diharamkan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh parti PAS pada 1991, dengan alasan "seni ini mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah, seperti pemujaan".[1] Walau bagaimanapun, Mak Yong terus mendapat pengikitirafan di persada dunia apabila UNESCO mengumumkan bahawa Mak Yong diiktiraf sebagai salah satu Karya Agung Warisan Tidak Ketara Kemanusiaan (Intangible Cultural Heritage of Humanity) dari Malaysia pada tahun 2005.[2]

Rujukan

WikiPedia: Mak_Yong http://www.bt.com.bn/en/features/2009/09/15/preser... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/P... http://books.google.com.my/books?um=1&lr=&q=mak+yo... http://www.daftarwarisan.gov.my/index.php?page=war... http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=mak%20yong... http://yosri.cwahi.net/BudayaMelayuMakYong.htm http://portal.unesco.org/ci/en/files/27243/1214492... http://www.unesco.org/culture/ich/?RL=55 https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://soscili.my/mak-yong-mitos-asal-usulnya-dar...