Makam_Diraja_Bukit_Mahmoodiah
Makam_Diraja_Bukit_Mahmoodiah

Makam_Diraja_Bukit_Mahmoodiah

Makam Diraja Mahmoodiah ialah sebuah makam di-Raja Johor yang terletak di Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru, Malaysia. Makam tersebut mengandungi dua bahagian iaitu bangunan utamanya yang mempunyai seni bina seperti sebuah masjid menempatkan makam Almarhum Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan & Sultanah-Sultanah Johor yang telah mangkat dan beberapa orang kerabat di-Raja Johor serta pembesar-pembesar negeri . Di bahagian perkarangan makam di-Raja pula terdapat kawasan yang mempunyai lingkaran tembok putih yang juga dipanggil Kota Lama / Lingkaran Dalam yang menempatkan makam kerabat-kerabat di-Raja Johor serta pembesar-pembesar negeri yang lain .