Makanan Mexico terkenal dengan sifatnya yang berwarna-warni serta pedas. Makanannya kaya dengan
protein (terutamanya jagung), vitamin, dan galian.Apabila penakluk dari
Sepanyol atau
conquistador tiba di ibu negara
Mexico iaitu
Tenochtitlan (kini
Bandar Mexico), mereka mendapati penghuni asli di sini mempunyai
diet berdasarkan
jagung,
herba dan
kekacang. Selepas itu, pihak penjajah ini telah menambah makanan dari negara mereka seperti beras, daging dan wain. Kemudian, conquistador menambah lagi makanan tempatan pra-Columbia (termasuklah
coklat,
jagung,
tomato, dan
vanila) dengan nasi, daging, dan
wain yang mereka bawa dari Sepanyol. Kebanyakan masakan Mexico masa kini berasaskan tradisi
Pribumi Amerika, termasuk
Aztek dan
Maya, digabung dengan trend masakan yang diperkenalkan oleh kolonis Sepanyol. Quesadilla yang terkenal, sebagai contoh, adalah
tortilla jagung dengan
keju,
daging lembu,
ayam,
khinzir, dan lain-lain. Makanan seperti ini biasanya berwarna-warni disebabkan pelbagai sayuran (antaranya
cili merah,
cili hijau,
brokoli,
bunga kobis, dan
lobak) dan daging dalam makanan Mexican.Makanan Mexico berbeza mengikut
wilayah sebab perbezaan
etnik dan pengaruh
Sepanyol yang berbeda dari satu kaum ke kaum yang lain di Mexico. Bahagian utara Mexico terkenal dengan pengeluaran dagingnya dan hidangan berunsurkan daging; manakala di tenggara Mexico terkenal dengan makanan sayurannya yang pedas (spicy) dan makanan berunsurkan ayam.Kuisin Mexico yang telah bercampur aduk dengan kuisin dari sebelah barat daya
Amerika Syarikat seperti
Texas membentuk satu kategori kuisin yang unik yang dipanggil
kuisin Tex-Mex.