Makanan_organik
Makanan_organik

Makanan_organik

Makanan organik diperbuat mengikut piawaian pengeluaran tertentu, iaitu ditanam tanpa penggunaan racun perosak dan baja buatan manusia, maka bebas dari pencemaran akibat sisa manusia atau industri, serta diproses tanpa sinaran pengion ataupun bahan tambahs.[1] Haiwan ternakan pula perlu diternak tanpa selalu menggunakan antibiotik dan langsung tidak menggunakan hormon pertumbuhan, sebaliknya sentiasa disuap makanan yang sihat. Di kebanyakan negara, hasil organik tidak boleh diubah suai genetik.Pengeluaran makanan organik ialah sebuah industri yang terkawal ketat, berbeza dari penanaman persendirian. Kini, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan lain-lain negara mewajibkan pengeluar mendapatkan pensijilan khas untuk memasarkan makanan mereka sebagai organik dalam lingkungan sempadan negara tersebut.Menurut sejarah, pertanian organik diusahakan dalam ladang kecil milik keluarga[2], oleh itu makanan organik ketika dahulu hanya didapati di kedai kecil atau pasar tani. Namun begitu, sejak awal 1990-an, pengeluaran makanan organik mencapai kadar pertumbuhan sekitar 20% setahun di negara maju dan membangun, jauh di hadapan seluruh industri makanan. Pada bulan April 2008, makanan organik merangkumi 1-2% jualan makanan sedunia.