Makau
Makau

Makau

Koordinat: 22°10′00″N, 113°33′00″EKawasan Pentadbiran Khas Wilayah Makau dimiliki Republik Rakyat China (Tulisan Cina Tradisi: 中華人民共和國澳門特別行政區; Tulisan Cina Mudah: 中华人民共和国澳门特别行政区; tulisan pendek Makau, Macau atau Macao (澳門, Pinyin: Àomén; secara tidak formal juga dikenali sebagai 馬交); lihat Nama) merupakan suatu wilayah kecil di selatan China yang merupakan salah satu daripada dua Kawasan Pentadbiran Khas selain Hong Kong. Ditadbir oleh Portugal sehingga tahun 1999, ia merupakan koloni Eropah yang tertua di China dan diasaskan pada abad ke-16. Hak memerintah Makau telah dipindah-milik ke Republik Rakyat China pada tahun 1999. Makau memainkan peranan unik sebagai penghubung antara China dan Barat terutama dalam hal-ehwal perdagangan pada pertengahan abad ke-16 sehingga abad ke-19. Penduduk Makau menggunakan bahasa Kantonis, Mandarin, Portugis dan Inggeris untuk berkomunikasi. Orang Makau merujuk kepada penduduk tetap wilayah ini, akan tetapi secara khusus merujuk kepada etnik campuran Portugis dan Han. Tarikan Makau selain daripada statusnya sebagai bekas wilayah jajahan Portugis adalah aktiviti perjudian dan kasino. Permainan perjudian yang paling popular merupakan permainan Pai Gow yang dimain dengan domino China meskipun aktiviti perjudian yang lain juga sah di sisi undang-undang. Pejudi-pejudi dari Hong Kong seringkali melawat Makau untuk berjudi sepanjang hari dengan perkhidmatan feri daripada syarikat hidrofoil yang berkhidmat selama 24 jam setiap hari. Orang Cina Malaysia yang kaya juga seringkali ke Makau untuk berjudi.

Makau

• Pos perdagangan Portugis 1557
Zon masa UTC+8 (MST)
• Koloni Portugis 1 Disember 1887
• Bancian 2000 431,000
Freguesia (penduduk) terbesar Freguesia de Nossa Senhora de Fátima
• Per kapita AS$36,357[3]
• Kepadatan 17,310/km2 (44,832.7/sq mi) (1)
• Ketua Eksekutif Ho Iat Seng
Kod panggilan 853
• Total AS$17,600 juta (ke-99)
Bahasa rasmi Bahasa Cina (Bahasa Kantonis), Bahasa Portugis.[1]
KDNK (PPP) Anggaran 2006 
Mata wang Pataca Makau (MOP)
• Penyerahan kedaulatan 20 Disember 1999
KDNK (nominal) Anggaran 2007 
HDI (2004) ▲ 0.930 [4]
Ralat: Nilai HDI tidak sah · 25th
• Anggaran 2007 (suku pertama) 538,100[2] (ke-167)
• Air (%) 0
• Jumlah AS$15,997 juta (94th)
Internet TLD .mo
• Musim panas (DST) tiada