Makiyyah

Ayat Makiyyah atau Surah Makiyyah ialah istilah yang diberikan kepada ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Makkah atau kawasan sekitarnya atau diturunkan sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah iaitu ayat yang diturunkan sebelum 1H. Sebuah surah dapat terdiri atas ayat-ayat yang diturunkan di Makkah secara keseluruhannya namun boleh juga sebahagian daripadanya diturunkan di Madinah (Madaniyah). Ayat Makiyyah diturunkan selama 12 tahun, 5 bulan dan 13 hari iaitu bermula 17 Ramadan ketika Rasulullah SAW berumur 40 tahun hingga awal bulan Rabiulawal ketika Rasulullah SAW berumur 54 tahun. Terdapat 86 surah Makiyyah daripada 114 surah.Surah Makiyyah kebanyakannya pendek, dengan ayat yang pendek, dan kebanyakannya terletak di juz-juz terakhir al-Quran. Kebanyakan surah yang mengandungi Muqatta'at merupakan surah Makiyyah.

Berkaitan