Maktab_Rendah_Sains_MARA_Pengkalan_Hulu
Maktab_Rendah_Sains_MARA_Pengkalan_Hulu

Maktab_Rendah_Sains_MARA_Pengkalan_Hulu

Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu (MRSM Pengkalan Hulu) ialah sebuah Maktab Rendah Sains MARA yang terletak di Pengkalan Hulu, Hulu Perak, negeri Perak.MRSM Pengkalan Hulu mula dibina pada 21 Jun 2005 dan siap pada 16 November 2006. Walau bagaimanapun MRSM Pengkalan Hulu hanya mula dibuka dan beroperasi pada 5 Mei 2008. Sekolah ini dibina dengan kos sebanyak RM33 juta dengan keluasan tapak merangkumi 22 hektar (57 ekar).MRSM Pengkalan Hulu diterajui oleh Tuan Haji Mustafar bin Che Mat selaku pengetua pertamanya. Maktab ini dapat menampung sejumlah 840 pelajar iaitu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.Pelajar pertama melapor diri pada 9 Jun 2008. Jumlah pelajar MRSM Pengkalan Hulu yang mendaftar adalah seramai 294 orang, iaitu pelajar Tingkatan Satu adalah seramai 107 orang. Manakala pelajar tingkatan Dua pula adalah seramai 109 orang. Pelajar Tingkatan Empat pula terdiri daripada 78 orang. Pengambilan pelajar baru yang mendaftar pada 16 Jun 2008 pula adalah seramai 95 orang. Antara yang berdekatan dengan maktab ini adalah tempat tinggal anak yatim At-Taqwa. Maktab ini telah menganjurkan satu program yang merapatkan hubungan pelajar maktab ini dengan anak yatim At-Taqwa. Objektif utama program ini adalah untuk memotivasikan dan memberi sokongan kepada anak-anak yatim untuk mencapai kejayaan.Maktab ini telah dinobatkan antara maktab yang terbaik semasa keputusan SPM pada tahun 2009 diumumkan. Maktab ini telah berjaya mendapat tempat ke-5 daripada 42 buah maktab di Malaysia. Pada 19 Disember 2013, Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Hulu telah mencatat rekod baharu bagi pelajar Tingkatan 3 yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah kali terakhir. Maktab ini telah berjaya menduduki kedudukan ke-4 antara 47 maktab di Malaysia, dan juga tergolong antara 20 terbaik dalam senarai kedudukan Maktab Rendah Sains MARA dan Sekolah Berasrama Penuh bagi keputusan PMR 2013.

Maktab_Rendah_Sains_MARA_Pengkalan_Hulu

Jenis sekolah Maktab Rendah Sains MARA
Faks +604-4778489
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Hassan Bin Ghazali
Pengetua Haji Mohd Rizalmi bin Dahaman
Singkatan MRSMPH
Laman sesawang https://phulu.mrsm.edu.my
Moto Cerdik, Berakhlak, Bermanfaat
Nombor sekolah +604-4778427