Malam_Anak_Desa_di_UKM,_Bangi
Malam_Anak_Desa_di_UKM,_Bangi

Malam_Anak_Desa_di_UKM,_Bangi

Malam Anak Desa di UKM, Bangi merupakan album yang berbentuk rakaman siaran langsung daripada Sudirman Haji Arshad. Album ini dikeluarkan di dalam bentuk kaset dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian satu dan dua kerana rakaman yang dilakukan secara langsung yang agak panjang. Konsert Anak Desa bersama beliau telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) di UKM, Bangi pada 2 Mac 1985. Album ini merupakan sebuah rakaman konsert secara langsung yang pertama pernah dilakukan di Malaysia.[1]