Diagnosis Malaria

    Maklumat selanjutnya: filem darah
Calitan darah dari kultur malaria P. falciparum (jenis K1). Beberapa sel darah merah menunjukkan cecincin dalamnya. Hampir pada pusat terdapat schizont dan pada sebelah kiri terdapat trophozoite.

Cara mendiagnosis malaria paling ekonomi, digemari dan paling boleh diyakini adalah pemeriksaan mikroskopik selaput filem nipis darah kerana setiap empat spesies parasit utama memiliki ciri-ciri jelas berbeza. Dua jenis lumuran nipis darah disediakan secara tradisi. Filem nipis adalah sama seperti filem darah biasa dan membenarkan mengenal pasti spesies kerana gambaran parasit paling jelas dikekalkan dalam penyedian cara ini. Filem tebal membenarkan pengguna mikroskop untuk memaparkan sejumlah besar isipadu darah dan sebelas kali lebih sensitive berbanding filem darah nipis, dengan itu mengesan jangkitan tahap rendah adalah lebih mudah dengan menggunakan filem tebal, tetapi gambaran parasit adalah lebih terherot dan dengan itu membezakan antara spesies berlainan adalah lebih sukar. Dengan kelebihan dan kekurangan kedua-dua lumuran tebal dan nipis dipertimbangkan, ia adalah penting bagi menggunakan kedua lumuran ketika cuba membuat diagnosis tepat.[52]

Dari filem tebal, juru mikroskop yang berpengalaman mampu mengesan tahap parasit (atau parasitemia) serendah 0.0000001% dari sel darah merah. Diagnosis mikrospkop boleh menjadi sukar karana bentuk trophozoites ("bentuk cecincin") awal kesemua empat spesies kelihatan serupa dan ianya tidak pernah mungkin bagi membuat diagnosis spesies berdasarkan satu bentuk cecincin; mengenal pasti spesies sentiasa dilakukan berdasarkan beberapa trophozoites. Spesies utama malaria adalah P. falciparum, P. vivax, P. ovale, P. malariae.

Di kawasan di mana tidak terdapat mikroskop, atau kakitangannya tidak berpengalaman dalam mengdiagnosis malaria, terdapat ujjan mengesan antigen yang memerlukan hanya setitik darah.[53] OptiMAL-IT® akan mengesan falciparum dengan tepat sehingga 0.01% parasitemia dan bukan -falciparum sehingga 0.1%. Paracheck-Pf® akan mengesan parasitemia sehingga 0.002% tetapi tidak akan membezakan antara malaria falciparum dan bukan-falciparum. Asid nuklei parasit dikesan dengan menggunakan tindak balas jaringan polymerase (“polymerase chain reaction”). Teknik ini lebih tepat berbanding pemeriksaan mikroskop. Bagaimanapun, ia adalah mahal dan memerlukan makmal khas. Tambahan lagi, tahap parasitemia tidak semestinya selari dengan perkembangan penyakit, terutamanya apabila parasit mampu melekat pada dinding pembuluh darah. Dengan itu perkakasan diagnosis teknologi rendah, lebih sensitive perlu dibangunkan bagi mengesan tahap rendah parasitaemia di lapangan. Kawasan yang tidak mampu diagnosis ujian makmal diagnosis yang paling mudah sering kali menggunakan sejarah demam subjektif sebagai petanda bagi merawat malaria. Menggunakan lumuran darah pewarna-Giemsa dari kanak-kanak di Malawi, satu kajian menunjukkan bahawa rawatan malaria yang tidak perlu berkurangan dengan banyaknya apabila peramal klinikal (suhu dubur, pucat lesu (“nailbed pallor”, dan splenomegali) digunakan sebagai penanda rawatan, berbanding polisi kebangsaan semasa yang hanya menggunakan sejarah demam subjektif (kesensitif meningkat dari 21% hingga 41%). [54]


Sisa semburan dalam rumah

DDT telah dibangunkan sebagai racun serangga yang pertama pada awal Perang Dunia Kedua. Walaupun pada asalnya ia digunakan bagi melawan malaria, kegunaannya kemudian tersebar keperladangan di mana ia digunakan bagi menghapuskan serangga perosak. Dengan masa, kawalan serangga perosak, berbanding kawalan penyakit, menguasai penggunaan DDT, terutamanya dinegara membangun. Semasa 1960-an, kesedaran mengenai akibat negetif penggunaan tanpa kawalan DDT meningkat, dan akhirnya ini mendorong kepada pengharamannya di kebanyakan negara pada 1970-an. Menjelang tempoh ini, penggunaannya pada skala besar-besaran telahpun mendorong kepada evolusi nyamuk kebal di kebanyakan kawasan.

Bagaimanapun, dengan kes kematian berterusan akibat malaria, terutama di negara membangun, terdapat pertikaian meluas mengenai larangan terhadap penggunaan DDT. Sungguhpun DDT tidak pernah diharamkan bagi kegunaan pengawalan malaria, sesetengah penyokong mendakwa bahawa larangan tersebut bertanggung jawab bagi kematian puluhan juta di negara-negara tropika di mana DDT sebelumnya amat berkesan bagi pengawalan malaria. Tambahan lagi, kebanyakan masaalah dikaitkan dengan kegunaan DDT timbul dari penggunaan berskala pengilangan dalam sector pertanian, dan bukannya akibat kegunaannya dalam kesihatan umum.[55]

World Health Organization (WHO) kini menasihatkan penggunaan DDT bagi memerangi malaria di kawasan endemik.[56] Sebagai contoh, semburan-DDT pada dinding dalam rumah, di mana nyamuk hinggap, merupakan pengawalan berkesan. Badan WHO turut mencadangkan siri racun serangga berselang (seperti pyrethroid, permethrin dan deltamethrin) bagi memerangi malaria di kawasan di mana nyamuk kebal-DDT, dan bagi memperlahankan evolusi. Penggunaan sejumlah kecil DDT bagi kesihatan awam adalah dibenarkan di bawah Persidangan Stockholm bagi Pencemaran Organik Persistent Organic Pollutants (POPs), yang melarang penggunaan DDT bagi penyemburan ladang berskala besar pertanian.[57] Bagaimanapun, disebabkan reputasinya, kebanyakan negara membangun tidak menggalakkan penggunaan DDT walaupun dalam jumlah yang kecil.[58]

Kelambu dan alas katil

Kelambu membantu menjauhkan nyamuk dari manusia, dan dengan itu mengurangkan dengan banyaknya kadar jangkitan dan penyebaran malaria. Kelambu bukanlah halangan yang sempurna, oleh itu ia sering kali dirawat dengan racun serangga bagi membunuh nyamuk sebelum ia mempunyai cukup masa untuk mencari jalan melalui kelambu. Kelambu dirawat dengan racun serangga (Insecticide-treated nets -ITN) dianggarkan dua kali ganda lebih berkesan berbanding kelambu yang tidak dirawat,[59] dan menawarkan 70% ganda perlindungan berbanding tanpa apa-apa kelambu.[60] Disebabkan nyamuk Anopheles terbang malam, kaedah dicadangkan adalah menggantungkan kelambu atas, tengah-tengah katil agar ia jatuh ke bawah dan menutup katil sepenuhnya.

Penyebaran kelambu dengan racun serangga (sering kali permethrin atau deltamethrin) terbukti kaedah amat berkesan bagi menghalang malaria, dan ia juga merupakan salah satu kaedah menghalang malaria paling murah. Kelambu ini boleh didapati sekitar US$2.50 - $3.50 (2-3 euros) dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Organisasi Kesihatan Dunia, dan lain-lain.

Bagi keberkesanan maksima, kelambu perlu dirawat dengan racun serangga setiap enam bulan. Proses ini merupakan masaalah logistik besar bagi kawasan luar bandar. Teknologi baru seperti Olyset atau DawaPlus membenarkan kenghasilan kelambu dengan racun serangga jangka panjang (long-lasting insecticidal mosquito nets - LLIN), yang membebaskan racun serangga bagi sekitar 5 tahun,[61] dan beharga sekitar US$5.50. ITN mempunyai kelebihan melindungi mereka yang tidur dalamnya dan pada masa yang sama membunuh nyamuk yang hinggap pada kelambu tersebut. Ia berkesan bagi membunuh kebanyakan nyamuk merbahaya. Sesetengah perlindungan turut diberikan kepada yang lain, termasuk orang yang tidur dalam bilik yang sama tetapi tidak menggunakan kelambu.

Malangnya, kos merawat malaria agak tinggi berbanding pendapatan, dan penyakit mengakibatkan kehilangan pendapatan. Akibatnya beban kewangan bererti kos kelambu sering kali tidak mampu dibeli bagi penduduk negara membangun, terutama mereka yang paling terdedah. Hanya 1 dari setiap 20 orang di Afrika memiliki kelambu.[59] Sungguhpun dihantar melalui kapal ke Afrika kebanyakannya melalui Eropah sebagai bantuan pembangunan percuma, kelambu ini dengan cepat menjadi barangan perdagangan yang mahal. Ia biasanya digunakan bagi menangkap ikan, dan dengan menggabung beratus kelambu yang didermakan, keseluruhan sungai boleh ditutup sepenuhnya, bagi menangkap ikan yang paling kecil sekalipun. [62]

Kajian dikalangan pelarian Afghanistan di Pakistan mendapati merawat cadar dan kelubung dengan permethrin mempunyai keberkesanan setanding dengan penggunaan kelambu dirawat, tetapi lebih murah.[63]

Homozygous individual bagi mutasi yang memiliki penyakit sel sabit penuh dan dalam masyarakat tradisi jarang yang hidup melepasi usia remaja. Bagaimanapun dalam populasi di mana malaria adalah endemik, kekerapan gen bagi gen sel sabit adalah sekitar 10%. Kewujudan empat haplotype hemoglobin jenis sabit mencadangkan bahawa mutasi ini telah timbul sebanyak empat kali di kawasan endemik malaria, membuktikan dengan lebih lanjut bahawa kelebihan evolusinya dalam kawasan terbabit. Terdapat juga mutasi lain pada gen HBB yang menghasilkan molekul haemoglobin yang upaya memberikan ketahanan kepada jangkitan malaria. Mutasi ini menghasilkan haemoglobin jenis HbE dan HbC yang biasa di Asia Tenggara dan Afrika Barat.

Kaedah molekul tersedia dalam sesetengah makmal klinikal dan ujian kimia (“assay”) masa sebenar pantas (sebagai contoh, QT-NASBA berasaskan tindak balas jaringan polymerase)[64] sedang dibangunkan dengan harapan boleh digunakan di kawasan endemik.

Malaria teruk biasa disalah diagnosis di Africa, mendorong kepada kegagalan bagi merawat penyakit mengancam nyawa lain. Di kawasan endemik malaria, parasitemia tidak menjamin diagnosis malaria teruk, kerana parasitemia mungkin disebabkan secara tidak sengaja oleh penyakit serentak yang lain. Penyiasatan terkini mencadangkan bahawa retinopathi malaria adalah petanda lebih baik. (kesensitifan umum 95% dan khusus 90%) berbanding sebarang cirri-ciri makmal atau klinikal yang lain bagi membezakan koma malarial dari bukan-malaria.[65]