Rawatan Malaria

Jangkitan Malaria aktif oleh P. falciparum merupakan kecermasan perubatan yang memerlukan rawatan di wad. Jangkitan dengan P. vivax, P. ovale atau P. malariae sering kali boleh dirawat sebagai pesakit luar. Rawatan malaria membabitkan langkah sokongan dan juga dadah antimalaria yang khusus. Apabila dirawat dengan baik, seseorang dengan malaria boleh dijangka akan sembuh sepenuhnya.[66]

Ubat-ubatan anti-malaria

Terdapat beberapa keluarga dadah yang digunakan bagi merawat malaria. Chloroquine adalah amat murah dan, sehingga baru-baru ini, amat berkesan, yang menjadikannya dadah anti-malaria pilihan selama beberapa tahun di kebanyakkan bahagian dunia. Bagaimanapun, ketahanan Plasmodium falciparum kepada chloroquine telah tersebar dari Asia ke Afrika, menjadikan dadah ini tidak berkesan bagi jenis Plasmodium paling merbahaya di kebanyakan kawasan di dunia. Di kawasan di mana chloroquine masih berkesan, ia kekal sebagai pilihan pertama. Malangnya, ketahanan-chloroquine di kaitkan dengan pengurangan kesensitifan kepada ubatan dadah lain seperti quinine dan amodiaquine.[67]

Terdapat beberapa bahan lain yang digunakan bagi rawatan dan, sebahagiannya, bagi menghalang (prophylaxis). Banyak jenis dadah boleh digunakan bagi kedua-dua tujuan; dos besar bagi merawat kes pesakit malaria. Kegunaannya bergantung sebahagian besarnya kepada kekerapan ketahanan parasit di daerah ubat tersebut digunakan. Sejenis ubat yang kini (2007) sedang disiasat bagi kemungkinan digunakan sebagai antimalaria, terutama bagi merawat jenis tahan ubat, beta blocker propranolol. Propranolol telah dibuktikan sebagai menghalang kedua-dua keupayaan Plasmodium' untuk memasuki sel darah merah dan memulakan jangkitan, selain juga penggandaan parasit. Dalam kajian Disember 2006 oleh penyelidik di Universiti Northwestern mencadangkan bahawa propranolol mungkin mengurangkan dos yang diperlukan bagi dadah sedia ada bagi memberi kesan kepada P. falciparum dengan 5- hingga 10-kali ganda, mencadangkan peranan dalam rawatan gabungan.[68]

Pembangunan dadah dimudahkan apabila Plasmodium falciparum berjaya dikultur.[69] Ini membenarkan ujian tabung uji (“vitro”) bagi dadah baru.

Hasilan tumbuhan Artemisia annua, mengandungi sebatian artemisinin atau hasilan separa-buatan (bahan yang tidak berkait dengan quinine), menawarkan kadar keberkesanan 90%, tetapi bekalannya tidak dapat memenuhi permintaan.[70] Satu kajian di Rwanda menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan malaria P. falciparum tanpa kerumitan menunjukkan kegagalan klinikal dan parasitologi yang kurang pada rawatan susulan hari ke 28 apabila amodiaquine digabung dengan artesunate, berbanding jika diberikan secara tunggal (OR = 0.34). Bagaimanapun, peningkatan ketahanan kepada amodiaquine semasa tempoh kajian ini turut dicatatkan. [71]

Semenjak 2001 Badan Kesihatan Sedunia (“World Health Organization”) telah mencadangkan penggunaan rawatan gabungan berasaskan-artemisinin (“Artemisinin-based combination therapy / ACT”) sebagai rawatan hadapan bagi malaria tanpa kerumitan di kawasan yang mengalami ketahanan kepada perubatan lebih lama. treatment Garispanduan bagi merawat malaria oleh WHO mencadangkan empat jenis ACT berlainan. Walaupun kebanyakan negara-negara, termasuk kebanyakan negara Afrika, telah menerima perubahan bagi polisi rasmi rawatan malaria mereka, kos kekal menjadi halangan kepada perlaksanaan ACT. Oleh kerana kos ACT menjangkau dua puluh kali ganda berbanding ubat-ubatan lama, ia kekal tidak mampu dibeli dikebanyakan negara endemic malaria. Sasaran molekul artemisinin menjadi pertikaian, sungguhpun kajian baru mencadangkan bahawa SERCA, pum kalsium dalam ‘’endoplasmik retikulum’’ mungkin dikaitkan dengan kekebalan artemisinin.[72] Parasit malaria mampu menjadi kebal kepada artemisinin dan kekebalan boleh dihasilkan oleh mutasi SERCA.[73] Bagaimanapun, kajian lain mencadangkan mitochondrion adalah sasaran utama bagi artemisinin dan yang seumpama dengannya.[74]

Sungguhpun dadah anti-malaria yang berkesan terdapat di pasaran, malaria kekal sebagai satu ancaman kepada mereka yang tinggal di kawasan endemik yang tidak memiliki capaian sempurna atau mudah kepada ubat-ubatan dadah yang berkesan. Capaian kepada pharmasi dan kemudahan kesihatan, termasuk kos ubat-ubatan, merupakan halangan utama. Médecins Sans Frontières menggangarkan kos merawat pesakit malaria di negara endemik adalah antara US$0.25 dan $2.40 setiap dos pada 2002.[75]

Ubat-ubatan tiruan

Ubat-ubatan tiruan yang sofsikated telah dijumpai di Thailand, Vietnam, Kemboja[76] dan China,[77] and are an important cause of avoidable death in these countries.[78] Tidak terdapat cara yang baik bagi doctor atau orang awam bagi mengesan ubat-ubatan tiruan tanpa bantuan makmal. Syarikat ubat-ubatan sedang cuba melawan ketekalan ubat-ubatan tiruan dengan menggunakan teknologi baru bagi memberikan keselamatan dari sumber sehingga pengedaran.