Simptom Malaria

Simptom malaria termasuk demam, menggeletar, arthralgia (sakit sendi), muntah, anemia disebabkan hemolysis, hemoglobinuria, dan kekejangan (convulsion). Terdapat juga kemungkinan perasaan mencucuk pada kulit terutama dengan malaria yang disebabkan oleh P. falciparum. Simptom klasik malaria adalah pengulangan berkala rasa sejuk diikuti dengan kekejangan dan demam dan berpeluh selama empat hingga enam jam, berlaku setiap dua hari bagi jangkitan P. vivax dan P. ovale, sementara setiap tiga hari bagi P. malariae.[28] P. falciparum boleh mengalami demam berulang setiap 36-48 jam atau demam rendah hampir berpanjangan. Bagi sebab yang kurang difahami, tetapi mungkin berkait dengan tekanan intrakranial tinggi, kanak-kanak dengan malaria sering kali menunjukkan kedudukan tidak normal, tanda menunjukkan kerosakan otak yang teruk.[29] Malaria juga didapati menyebabkan kecacatan kognitif, terutama bagi kanak-kanak. Ia menyebabkan kekurangan darah anemia secara meluas semasa tempoh perkembangan pantas otak dan turut menyebabkan kerosakkan otak secara langsung. Kerosakan neurologik terhasil akibat malaria serebral yang mana kanak-kanak lebih terdedah.[30]

Malaria teruk hampir sepenuhnya disebabkan oleh jangkitan P. falciparum dan biasanya timbul selepas 6-14 hari jangkitan.[31] Akibat malaria teruk termasuk koma dan kematian sekiranya tidak dirawat—kanak-kanak muda dan wanita mengandung lebih terdedah. Splenomegaly (limpa bengkak), sakit kepala teruk, ischemia serebral, hepatomegaly (hati bengkak), hypoglycemia, dan hemoglobinuria dengan kegagalan ginjal (renal failure) mungkin berlaku. Kegagalan ginjal mungkin menyebabkan demam blackwater, di mana hemoglobin dari sel darah merah lysed memasuki air kencing. Malaria teruk boleh berkembang dengan amat pantas dan menyebabkan kematian dalam tempoh beberapa jam atau hari.[31] Dalam kes teruk kematian akibat penyakit mampu melebihi 20%, walaupun dengan rawatan dan jagaan rapi.[32] Di kawasan endemik, rawatan sering kali kurang memuaskan dan kematian keseluruhan bagi kesemua kes malaria mampu mencecah setinggi satu setiap sepuluh.[33] Jalam jangka panjang, kecacatan perkembangan telah direkod bagi kanak-kanak yang melalui jangkitan malaria teruk.[34]

Malaria kronik disebabkan oleh kedua parasit P. vivax dan P. ovale, tetapi tidak bagi parasit P. falciparum. Sebaliknya, penyakit akibat P. falciparum mampu berulang selepas berbulan atau bertahun selepas pendedahan, akibat kehadiran parasit pendam dalam hati. Menggambarkan kes malaria sebagai sembuh dengan memerhati kepupusan parasit dari saluran darah dengan itu mampu mengelirukan. Tempoh pengeraman paling lama dilaporkan bagi jangkitan P. vivax adalah 30 tahun.[31] Sekitar satu dari lima kes malaria P. vivax di kawasan serdahana membabitkan lebih musim sejuk (overwintering) oleh hipnozoites (contoh., ulangan bermula setahun selepas gigitan nyamuk).[35]