Maldives
Maldives

Maldives

Maldives, nama rasminya Republik Maldives, adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak di Lautan Hindi, di selatan pulau Lakshadweep, India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu) ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil. Namun begitu, hanya kira-kira 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia. Nama negara ini berasal daripada perkataan " Kepulauan Bergunung-ganang" (malai di dalam bahasa Tamil, bermaksud "gunung" dan teevu di dalam bahasa Tamil bermaksud "pulau") ia juga mungkin bermaksud "seribu pulau". Beberapa sarjana percaya bahawa nama "Maldives" diambil daripada perkataan Sanskrit maladvipa, bermaksud "susunan pulau-pulau", atau daripada "mahila dvipa", bermaksud "pulau wanita". Ada juga yang mempercayai nama tersebut bermaksud "istana" (daripada perkataan Mahal di dalam bahasa Arab) berikutan pengenalan Islam pada 1153, pulau ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada Portugis (1558), Belanda (1654) dan hak milik penjajah British (1887). Pada tahun 1965, Maldives mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Britain, dan pada 1968, sistem Kesultanan telah digantikan dengan sebuah Republik. Walau bagaimanapun, sepanjang 38 tahun, Maldives hanya pernah mempunyai 2 presiden meskipun sekatan-sekatan politik telah dilonggarkan baru-baru ini.

Maldives

Ibu kota Malé
Zon masa UTC+5
Pemerintahan Republik berpresiden
HDI (2007) ▲0.741
Ralat: Nilai HDI tidak sah · ke-100
• Anggaran 2009 309,000[1] (ke-1761)
• Per kapita $3,648[3]
• Kepadatan 1,036.9/km2 (2,685.6/sq mi) (8th)
Bahagian memandu left
• Daripada United Kingdom 26 Julai 1965
Kod panggilan 960
• Total $1.708 billion[3]
Bahasa rasmi Bahasa Dhivehi (Bahasa Mahl)
KDNK (PPP) Anggaran 2008 
Mata wang Maldivian Rufiyaa (MVR)
• Bancian 2006 298,842[2]
Demonim Maldivian
KDNK (nominal) Anggaran 2008 
• Air (%) 99≈
• Jumlah $1.259 bilion[3]
Internet TLD .mv
• Presiden Mohamed Waheed Hassan Manik