Manchester_City_F.C.
Manchester_City_F.C.

Manchester_City_F.C.

Manchester City FC ialah sebuah kelab bola sepak yang berpangkalan di Bandaraya Manchester, England. Ditubuhkan pada tahun 1880 sebagai St. Marks (West Gorton), kelab ini bertukar nama kepada Ardwick Association Football Club pada tahun 1887 dan seterusnya kepada nama Manchester City F.C. pada tahun 1894. Kelab ini bermain di Stadium Bandaraya Manchester sejak tahun 2003, setelah bermain di Maine Road sejak tahun 1923. Manchester City pertama kali bermain dalam peringkat tertinggi Liga Bola Sepak Inggeris pada tahun 1899 dan memenangi Piala FA pada tahun 1904. Tempoh paling berjaya kelab ini adalah dari tahun 1968 sehingga 1970 dimana mereka memenangi Kejuaraan Liga, Piala FA, Piala Liga dan Piala Pemenang Piala Eropah dibawah pasukan pengurusan Joe Mercer dan Malcolm Allison. Selepas tewas dalam perlawanan akhir Piala FA 1981, kelab ini telah melalui tempoh kemerosotan, menyebabkan mereka tersingkir ke peringkat ketiga bola sepak Inggeris pada tahun 1998. Setelah kembali ke Liga Perdana Inggeris pada awal 2000-an, Manchester City dibeli oleh Abu Dhabi United Group pada tahun 2008. Kelab ini berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris pada tahun 2012, 2014 dan 2018, 2019. Pada musim 2013–14, Manchester City mempunyai pendapatan keenam tertinggi di dalam dunia bola sepak dengan pendapatan tahunan sebanyak €414.4 juta,[2] dan merupakan pasukan bola sepak kelima paling berharga di dunia dengan anggaran nilai $1.38 bilion menurut majalah Forbes.[3]