Mangsa_korban

Mangsa korban atau kasualti dalam penggunaan tentera ialah individu yang terlibat dalam angkatan tentera, tidak semestinya seorang askar, yang hilang semasa bertugas disebabkan kematian, kecederaan, penyakit, ditawan, pembelotan, dll; atau kasualti awam.Dalam penggunaan orang awam perkataan "kasualti" lebih sesuai digunakan bagi orang yang terkorban, tercedera atau terluka disebabkan beberapa kejadian, dan biasanya digunakan untuk pelbagai kematian dan kecederaan akibat insiden ganas atau bencana. Kasualti kadang kala digunakan kurang tepat atau salah faham dengan makna kematian, tetapi kecederaan yang tidak membawa maut juga disebut kasualti.