Manjanik
Manjanik

Manjanik

Manjanik (trebuchet) merupakan jentera pengepung Zaman Pertengahan, senjata yang digunakan bagi meruntuhkan dinding batu atau melontar peluru melepasinya.Manjanik dipercayai telah dicipta di China antara abad ke-5 dan ke-3 SM. Manjanik timbal berat (counterweight trebuchet) terhasil dari manjanik seretan Cina yang lebih ringkas. Peralatan ini tiba di Eropah sekitar 500 M. Ia mampu melontar peluru seberat tiga ratus paun pada kelajuan menakjubkan ke kubu musuh, dengan pantas memusnahkan tembok dan pertahanan. Kadang kala ia digunakan bagi melontar mayat dan bangkai haiwan yang berpenyakit termasuk wabak hitam melepasi dinding istana kota, dalam usaha menjangkiti mereta yang bertahan. Manjanik jauh lebih tepat berbanding tarbil Zaman Pertengahan yang lain.Manjanik merupakan contoh disiplin bagi asas kejuruteraan mekanikal dalam jentera di mana konsep beban dan daya digunakan untuk membantu operasi ketenteraan.Ukuran panjang sesuatu objek, berat dan kekuatan bahan pembuatan adalah asas kepada pembinaan manjanik.

Berkaitan