Mantel adalah sebuah anggota
planet bumian atau sebarang jasad berbatu-batan yang cukup besar untuk mengalami
pembezaan mengikut ketumpatan. Isi dalaman
Bumi, begitu juga dengan planet-planet bumian yang lain, terbahagi kepada lapisan-lapisan kimia. Mantel adalah lapisan di antara
kerak dan
teras luaran. Mantel Bumi merupakan sebuah kulit berbatu silikat yang tebalnya kira-kira 2,900 km (1,800 mi)
[1] dan mencakupi sekitar 84% isipadu Bumi.
[2] Rata-rata mantel ini pejal tetapi dalam masa geologi, ia bertindak seperti cecair yang amat likat. Mantel ini melitupi teras panas yang kaya dengan besi dan nikel yang mencakupi kira-kira 15% isipadu Bumi.
[2][3] Episod-episod pencairan dan kegiatan gunung berapi yang lampau di tingkat-tingkat mantel yang lebih dangkal telah menghasilkan kerak nipis yang terdiri daripada hasil-hasil cairan terhablur dekat permukaan yang kita diami.
[4] Maklumat mengenai struktur dan isi kandungan mantel mungkin terbuah daripada penyelidikan geofizik ataupun analisa geosains langsung terhadap
xenolit dari mantel Bumi serta mantel yang terdedah oleh penyebaran rabung di tengah laut.Di hulu mantel dikenalpastinya dua zon, iaitu
astenosfera dalaman yang terdiri daripada batu-batan mengalir bagai
plastik yang sekitar 200 km tebalnya,
[5] dan bahagian
litosfera paling bawah yang terdiri daripada batu-batan tegar yang lebih kurang 50 ke 120 km tebalnya.
[6] Kerak yang nipis di bahagian atas litosfera meliputi mantel dan tebalnya sekitar 5 ke 75 km.
[7]Di sesetengah tempat di bawah lautan, mantel sememangnya terdedah di permukaan Bumi.
[8] Juga terdapat beberapa kawasan di daratan di mana batu mantel ditolak ke atas permukaan oleh kegiatan tektonik, terutama sekali kawasan Tablelands di
Taman Negara Gros Morne di wilayah
Newfoundland dan Labrador,
Kanada.