Manteri
Manteri

Manteri

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
di Brunei
Manteri merupakan salah satu golongan pembesar diraja Brunei. Ianya berkedudukan di bawah Cheteria dan yang di bawah sekali dalam hierarki pembesar. Terdapat dua kumpulan utama dalam golongan Manteri, iaitu Manteri Berchiri dan Manteri Bertauliah. Setiap orang yang diberikan kedudukan dalam golongan Manteri juga diberikan gelaran tertentu, biasanya dengan pangkal gelaran "Pehin", "Orang Kaya", "Datu", "Pengarah", "Mudim" dan sebagainya. Mereka juga dirujuk dalam pertuturan dan persuratan rasmi dengan rujukan kehormat tertentu, pada asasnya "Yang Dimuliakan Lagi Dihormati" atau "Yang Dimuliakan" bagi Manteri Berchiri dan "Yang Mulia" bagi Manteri Bertauliah.[1] Gelaran Manteri diberikan kepada orang biasa dan diadakan dalam suatu upacara, yang mana bagi pengurniaan gelaran Pehin Manteri, ianya dikenali dengan istilah "menyampiri gelaran".[2]