Maraton
Maraton

Maraton

Sukan maraton (Tulisan Jawi: ماراتون) merupakan suatu perlumbaan yang melibatkan berjalan, berlari biasa mahupun berlari anak-anak dengan jarak yang tetap sebanyak 42.195 kilometer (26.219 batu atau 26 batu 385 ela),[1] yang biasanya berlangsung di sebatang jalan raya besar.Acara sukan ini dikatakan bermula apabila seorang askar pengutus bernama Pheidippides berlari membawa berita kemenangan tentera Yunani mengalahkan tentera Parsi dalam Pertempuran Marathon[2] yang berlaku sekitar took Ogos atau September tahun 490 SM.[3] Pheidippides membuat larian dari Marathon ke Athens, yang mana jarak antara kedua-dua lokasi ini diukur sejauh 26 batu, iaitu bersamaan 41.8 kilometer.