Mariam Alisa

Mariam Alisa merupakan siri drama televisyen melodrama Malaysia 2016 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Elvina Mohamad (dikreditkan sebagai Elvina Teylv) sebagai watak tajuk bersama Ben Amir sebagai heronya.[1] Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 dari 26 Ogos 2016 hingga 23 September 2016 menggantikan Ketupat Palas Mr. Handsome dan digantikan oleh Sweetie Nanie.