Sejarah Marjerin

Nama "marjerin" (pinjaman kata Bahasa Inggeris: margerine) dan "margarin" (pinjaman kata Bahasa Belanda: margarine) ini asalnya merupakan kependekan daripada nama oleomargerine iaitu gabungan perkataan Latin oleum iaitu "lemak" dan perkataan Yunani margarite iaitu "mutiara" yang merujuk kepada penampilannya yang seakan licin.[1] Bahan makanan ini dicipta oleh Hippolyte Mège-Mouriès (1817 – 1880), seorang ahli kimia Perancis selepas menyahut cabaran Maharaja Napoleon III agar dapat mencipta gantian mentega daripada lemak lembu agar ia dapat digunakan anggota tentera serta golongan kelas pekerja di negara tersebut.[1][2] Mège-Mouriès mempatenkan konsep ini pada tahun 1869 serta meluaskan operasi pembuatan marjerinnya dari Perancis namun ia tidak membuahkan untung yang banyak. Pada tahun 1871 pula, beliau menjualkan paten tersebut kepada sebuah syarikat Belanda bernama Jurgens yang kini merupakan sebahagian daripada syarikat Unilever.[1][3]

Rujukan

WikiPedia: Marjerin http://theplate.nationalgeographic.com/2014/08/13/... http://www.soyinfocenter.com/HSS/margarine1.php http://www.nap.edu/openbook/0309085373/html/423.ht... http://www.idosi.org/wasj/wasj2(6)/10.pdf http://www.malaysiapalmoil.org/publications/pdf/bo... http://www.chemguide.co.uk/organicprops/alkenes/hy... http://www.unilever.co.uk/brands/foodbrands/Stork.... https://books.google.com/?id=iG3wx9Wh5N4C&pg=PA286 https://ndb.nal.usda.gov/ndb/search/list?qlookup=0... https://web.archive.org/web/20091012023137/http://...